Kemudahan asas seperti elektrik dan air dinikmati sepenuhnya oleh penduduk kampung. Kemudahan asas yang diterima oleh penduduk kampung ialah bekalan air yang bersih dan mencukupi serta bekalan elektrik. Di sini juga penduduk mendapat liputan telefon bimbit daripada beberapa syarikat pengendali. Terdapat juga di kalangan mereka yang melanggan perkhidmatan internet jalur lebar atau jenis “dial-up”. Kemudahan internet lebih diperlukan oleh anak-anak penduduk kampung sama ada yang bersekolah atau yang menuntut di pusat pengajian tinggi. Terdapat juga kampung tanpa wayar (KTW) yang di tempatkan kg Belimbing Dalam, Durian Tunggal yang boleh di gunakan secara percuma bagi mereka yang tinggal di kawasan berhampiran.

 

Bagi memudahkan perhubungan penduduk ke sesuatu tempat, jalan raya yang disediakan oleh kerajaan tidaklah menghampakan. Di samping itu, terdapat perkhidmatan bas awam yang menghubungkan kampung - kampung yang terdapat di Durian Tunggal ini ke bandar Melaka, Jasin dan Alor Gajah. Terdapat beberapa pondok bas di sediakan bagi keselesaan penduduk kampung menunggu bas.Antara kemudahan lain seperti sekolah rendah agama, masjid, sepak takraw, balai raya, gerai makan dan runcit turut disediakan. Malah, di kampung Padang Keladi ini terdapat Pusat Ekonomi Digital iaitu PEDi Taman Murai Jaya yang menyediakan perkhidmatan menggunakan komputer yang dilengkapi dengan kemudahan mengakses Internet.  Ianya terletak di taman Murai Jaya iaitu di bangunan kedai. Penduduk juga saling bekerjasama menjaga dan memelihara kemudahan yang disediakan kepada mereka. Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berperanan memastikan kemudahan yang terdapat di kampung ini berada di dalam keadaan baik dan akan sentiasa berusaha menambahkan lagi kemudahan infrastruktur demi kepentingan penduduk.

Berikut senarai kemudahan yang terdapat di Kampung Padang Keladi : -

*Maklumat diperolehi dari Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah

 

KEMUDAHAN AWAM

KEMUDAHAN  KUANTITI
Balai Raya 1
Surau 1
Balai Polis 1
Klinik 1
Kedai Runcit 15
Pasar 1
Jeti 1
Titi 1
Kemudahan Sukan 2
Bekalan Air Paip 615
Bekalan Elektrik 615
Bekalan Telefon 368
Tiang Elektrik 142
Lampu Jalan 142
Kemudahan Wifi 230
Telefon Mudah Alih 615

 

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI TAMAN MURAI JAYA

 Pasar

 

 

 

 

Deretan Kedai Berhampiran dengan PEDi yang menempatkan pelbagai jenis perkhidmatan 

 

 

Pondok Telefon

 

 

Pondok Bas

 

 

Balairaya Kampung Padang Keladi

 

 

Pasar Tani

 

Medan Selera

 

 

Masjid An Naim

Latar Belakang

 

Masjid An-Naim Durian Tunggal telah dibina di atas sebuah tapak di tengah-tengah Pekan Durian Tunggal sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu lagi. Namun tarikh tepat pembinaannya tidak dapat dipastikan. Di sinilah penduduk dari enam buah kampong iaitu Kampung Bukit Balai,Kampung Padang Keladi,Kampung Pulau,Kampung Padang Kerbau,Kampung Bukit Tambun dan Kampung Air Semubuk berkumpul bagi melaksanakan ibadah kepada Allah SWT dan lain-lain aktiviti keagamaan. Masa berlalu dan zaman berubah,masjid ini tidak mampu lagi menampung jumlah jemaah yang kian bertambah.

 

Justeru sebuah tapak baru dikenalpasti bagi pembinaan sebuah masjid baru. Lokasi yang strategik dan tersergam indah diatas sebuah bukit di persimpangan jalan utama. Masjid ini telah dirasmikan pembukaannya pada jam 2.00 petang hari Sabtu 16 Oktober 1971oleh YB Encik Ab.Ghafar bin Baba,Menteri Pembangunan  Negara dan Luar Bandar ketika itu. Pada hari masjid ini mampu menampung jemaah dalam kapasiti 2000 orang dalam suatu masa, namun kebanyakan struktur bangunannya sudah terlalu lama dan memerlukan pemulihan dan penambahbaikan secara menyeluruh.

http://muftimelaka.gov.my/e-raudhah/index.php/daerah/alor-gajah/49-masjid-an-naim

Surau Nadhatul Hasanah Kampung Padang Keladi