PRODUK USAHAWAN TEMPATAN

 

KRAFTANGAN KAIN PERCA

Seni kain perca adalah hasil seni yang telah lama di praktikkan dalam masyarakat zaman silam. Dimasa dahulu kain perca selalu dijahit camtumkan dijadikan 'lelangit' satu alas yang digunakan untuk menutup atap sama fungsi seperti syiling. Selain itu, kain perca juga kerap digunakan sebagai selimut.

Masa kini seni kain perca telah diperkembangkan dengan menghasilkan barangan yang lebih menarik dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti rantai kunci, hiasan rumah, pin cushion, bekas pensel dan pelbagai lagi. Sesuai dengan peredaran zaman. Malah sangat menjimatkan kos. Produk yang dihasilkan sesuai dijadikan sebagai hadiah cenderahati untuk majlis - majlis keraian atau dijadikan hadiah kepada yang tersayang.

Penghasilan kraftangan ini yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ini telah diusahakan sendiri di rumah oleh seorang usahawan tempatan di Kampung Kuala Sungga, Tebong, Alor Gajah, Melaka. Banyak produk inovasi dari seni kain perca ini yang dihasilkan oleh beliau. Beliau memberi nafas baru kepada seni kain perca ini agar sentiasa releven dimasakini. Berminat untuk memperolehi seni kraftangan menarik ini?

 

Sila hubungi

Nama : Puan Shamsiah Makran

No Telefon : 014 - 2616353