CELIK IT

Nama
: Nur Yasmin Zafirah Binti Mohd Nizam
Ahli
: 2017
Umur
: 13 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Nur Yasmin Zafirah merupakan pelajar yang berusia 13 tahun yang menetap di Taman Cenderawasih, Durian Tunggal dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal. Ibunya telah mendaftarkan beliau menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia Taman Murai Jaya untuk mengikuti kelas ICT dan Intel Easy Step bersama adik beliau.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Beliau telah datang ke Pusat Internet 1Malaysia Taman Murai Jaya kerana ingin belajar menggunakan Microsoft Office dan Internet untuk mencari sumber maklumat yang di perlukan oleh gurunya. Beliau ingin belajat lebih mendalam bagaimana menggunakan internet seperti membuka akaun email, laman sosial dan melayari internet untuk mencari bahan - bahan untuk di masukkan di dalam folio dan kerja sekolah beliau.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Setiap hujung minggu beliau akan datang ke PEDi untuk menghadiri kelas Intel Easy Step. Pada mulanya beliau di ajar mengenal fungsi dan kelebihan komputer terlebih dahulu dan seterusnya belajar mengenal fungsi papan kekunci dan belajar menggunakan simbol dan menaip menggunakan notepad. Latihan juga di berikan kepada beliau agar mudah di ingati dan faham setiap apa yang di ajar oleh petugas.

 

Beliau juga diajar menggunakan Microsoft Word dan bagaimana mencari maklumat di internet dan menyalinkan semula di Micosoft Word. Belajar memasukkan gambar dan sebagainya. Kini, jika beliau datang ke Pusat Internet untuk membuat folio beliau boleh membuatnya sendiri tanpa bantuan dari petugas Pusat Internet.

 

Selain belajar menggunakan aplikasi di dalam Microsoft office beliau juga telah di ajar menggunakan asas pengenalan internet iaitu cara mendaftar email, bagaimana mencari maklumat yang diperlukan di dalam enjin carian seperti google, menyalin maklumat serta muat naik ke dalam folder. Beliau juga di ajar bagaimana mendaftar dan membuat akaun laman social seperti facebook. Selain itu, beliau juga telah diberi ulangkaji dan latihan membuat Microsoft word dan Microsoft excel supaya lebih memahami dan tidak mudah lupa. Setelah selasai penerangan oleh petugas, latih tubi akan diberikan kepada yasmin. Sekarang beliau sudah boleh menggunakan Microsoft word, excel tanpa mengharapkan bantuan petugas dan tahu menggunakan formula, graf dan carta palang menggunakan Microsoft excel.