KISAH KEJAYAAN SUKU PERTAMA 2018 - USAHAWAN BELIA WANITA

Nama
: Siti Adlina Binti Md Ali
Ahli
: 2017
Umur
: 33 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Puan Adlina merupakan suri rumah tangga dan telah mendirikan rumahtangga bersama seorang warganegara Thailand. Sebelum ini suami beliau hanya bekerja sebagai tukang masak di restoran lain. Kini beliau memilih untuk mengusahakan perniagaan Restoran Tom Yam sendiri.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Sebelum ini beliau hanya bergantung dengan kehadirian pelanggan dari penduduk setempat. Dimana merupakan kaedah konvensional yang mana digunakan oleh semua peniaga.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Setelah mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebook dan juga banyak bertanya bagaimana teknik pemasaran terkini bagi menggalakkan kehadiran pelanggan kepada kami. Beliau juga telah mempromosikan produk beliau di dashboard PI1M. Beliau juga telah mula mengiklankan perniagaan beliau di Facebook Page dan MyShop bagi menggalakkan pelanggan dari luar. Beliau juga menggunakan medium status dan group whatapps sebagai medium untuk pengiklanan berkesan.

 

   

 

 

 

KISAH KEJAYAAN SUKU PERTAMA 2018 - USAHAWAN BELIA LELAKI

Nama
: Muhammad Zaid Bin Mohsin
Ahli
: 2017
Umur
: 34 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Encik Muhammad Zaid merupakan seorang pensyarah Politeknik Merlimau Melaka yang memilih untuk menjadi usahawan sepenuh masa. Beliau bermula dengan perniagaan kafe. Terkini beliau mengendalikan Bengkel Kereta kepunyaan bapa beliau. Selain itu, beliau mula menceburi MLM Amway bermula 2017. Ternyata beliau tidak salah memilih bidang keusahawanan ini kerana beliau berjaya dinaikkan pangkat Silver Producer.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Sebelum ini, beliau telah mengalami kejatuhan yang agak teruk. Namun berkat pembelajaran ICT di PI1M pernigaan beliau semakin meningkat naik hari demi hari.

 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Beliau telah mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Facebok dan juga suka bertanya tentang cara bagaimana untuk melakukan pemasaran terkini melalui online. Beliau juga belajar bagaimana menggunakan dashboard sebagai medium pengiklanan. PI1M membantu beliau mempromosikan produk beliau di dashboard komuniti. Juga PI1M membantu beliau cara bagaimana untuk melakukan mempromosi dan pengiklanan berkesan produk beliau melalui Facebook dan Whatapps. Disebabkan sikap beliau yang suka bertanya dan ingin semangat ingin tahu tentang pemasaran melalui internet yang bersesuaian dengan pernigaan beliau, kini beliau telah dinaikkan pangkat.