KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2023 - USAHAWANITA PUAN SORAYA ABDULLAH (MISS FARR HOMEMADE GARLIC BUTTER SPREAD)

Nama
: Soraya Abdullah
Ahli
: 2018
Umur
: 58 Tahun

 

LATAR BELAKANG

Beliau merupakan seorang surirumah yang menghasilkan Garlic Butter Spread secara kecil - kecilan dirumah. Dengan berbekalan kemudahana dan pengetahuan yang sedia ada beliau mempromosikan produknya melalui whatapp status dan facebook peribadi beliau. Disebabkan kurang pendedahan kepada media sosial dan e-dagang beliau hanya menggunakan 2 platfrom tersebut untuk melakukan aktiviti pemasaran dan promosi.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Puan Soraya Abdullah hanya menjual menerusi jualan terus kepada rakan - rakan beliau dan penduduk berdekatan beliau.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDi

Beliau telah mengambil inisiatif dan peluang untuk datang belajar keusahawanan di PEDi Taman Murai Jaya bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian.   Beliau juga mempelajari bagaimana mewujudkan akaun media sosial seperti facebook page, belajar menggunakan banking online dan memasukan produk jualan di dalam Tik tok Shop komuniti agar dapat meluaskan lagi pasaran jualan beliau supaya di kenali di serata negeri. Beliau juga telah dijemput untuk mengadakan pameran jualan di bawah booth MCMC pada November lalu. Ini telah membuka peluang untuk beliau untuk lebih serius mengembangkan lagi perniagaan beliau. Selain itu juga diatas galakan dan sokong pihak PEDi dan MCMC beliau kini telah menyewa sebuah kilang di Halal Hub Serkam untuk proses mendapatkan sijil halal bagi melebarkan sayap perniagaan beliau.