Kerjasama antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya mengajak orang ramai untuk menyertai  

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.

1. Aktiviti Fizikal

2. Makan secara sihat

3. Tidak merokok

4. Bijak menangani stress

5. Sihat tanpa alcohol

 

Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.

MyDestination bm

 

Pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen  Media Sosial #SayangMalaysia  melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.

 

Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabadikan detik indah dan keunikan semasa berada di Malaysia.

 

Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlulah memuatnaik foto atau/dan video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination (mengikut setiap subtema yang dipilih). Untuk makluman, peserta boleh menyertai kesemua subtema sepanjang tahun 2018 dan berikut adalah subtema bagi setiap pertandingan tersebut:

 

No.

Tajuk Subtema

Tarikh Pertandingan

1

#MyCuisine

Januari hingga Februari(berakhir 28 Februari 2018);

2

#MyDestination

Mac hingga April

3

#MyCulture

Mei hingga Jun

4

#MyShopping

Julai hingga Ogos

5

#MyHeritage

September hingga Oktober

6

#MyFamilyFun

November hingga Disember

 

 

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. 1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
  • 2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  • 3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh.
  • 4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks.
  • 5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
  • 6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

 

Program 'Kampung By GDEX' adalah program usahasama di antara pihak Surahanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Telekom Malaysia Berhad (TM) serta MSD Digital Intelligence Sdn Bhd (MSD). GD Express Sdn Bhd (GDEX) dan juga Pusat Internet(PI) bertujuan untuk mempromosi dan merangsang aktiviti e-dagang di kawasan luar bandar.

 

Program ini memudahkan penduduk atau komuniti yang menjalankan perniagaan atau industri kecil dan sederhana dari segi urusan logistik dan menawarkan perkhidmatan penghantaran secara cepat termasuk menyediakan sampul khas yang hanya boleh didapati di PI.

  1. Program ini boleh didapati di PI-PI berikut:

    1.  PI Taman Murai Jaya, Durian Tunggal
    2.  PI Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah
    3.  PI Pekan Rumbia, Rembia
    4.  PI Taman Angkasa Nuri, Batu Berendam
    5.  PI Taman Seri Lubuk Redan, Masjid Tanah
    6.  PI Taman Bandar Baru, Masjid Tanah