Jika anda datang ke Melaka tidak sah jika tidak mencuba Asam Pedas Melaka. Masakan Asam Pedas merupakan makanan yang paling terkenal di Negeri Melaka. Antara tempat yang terkenal dengan Asam Pedasnya ialah Kota Laksamana Asam Pedas Claypot yang bertempat di Kota Laksamana. Ianya menjadi salah satu tempat menarik yang wajib anda kunjungi jika datang ke Melaka. 

KOTA LAKSAMANA ASAM PEDAS CLAYPOT

   

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Alamat : Kota Laksamana Asam Pedas Claypot, No 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200, Melaka

Facebookhttps://www.facebook.com/Kota-Laksamana-Asam-Pedas-Claypot-Melaka-285043058131/

 

Di Dun Durian Tunggal juga banyak menawarkan makanan yang enak dan sedap untuk dinikmati seisi keluarga. Di pekan ini sahaja terdapat banyak gerai makanan yang menjual pelbagai jenis menu samada dari makanan kampung sehingga menu western. Disini juda terdapat medan selera yang menjual pelbagai menu pagi, petang dan malam. Berikut adalah beberapa senarai pengusaha makanan di kawasan Durian Tunggal yang majoritinya masyarakat luar sering berkunjung ke gerai tersebut untuk menikmati masakan yang popular.

 

KEDAI MAKAN MEE BANDUNG

Terletak di Medan Selera Durian Tunggal. Menawarkan harga yang murah untuk sepinggan mee bandung hanya RM 4.50. Kedai ini menjadi perbualan di kalangan pelajar UTEM.

 

 

 

 

KEDAI MAKAN KAMSIAH KAMIS ( WARUNG MAK NGAH )

Kedai makan ini terletak di Belimbing Dalam. Menjadi popular dikalangan penduduk luar dari Durian Tunggal kerana menawarkan ketam yang bersaiz XL dengan harga yang murah. Terletak kira - kira 5 km  dari arah pekan Durian Tunggal.

 

Alamat : Kedai Makan Kamsiah Kamis, Kampung Belimbing Dalam, 76100 Durian Tunggal, Melaka.

No Tel : 017 - 6788791

Waktu Beroperasi : 2.00 petang - 11.00 malam

 

 

 

 

MEGA CORN SHAKE

Terletak di Pekan Durian Tunggal bersebelahan empangan Sungai Durian Tunggal. Gerai ini menawarkan Corn Shake yang popular dikalangan penduduk Durian Tunggal.

 

Alamat : Gerai Buah Pekan Durian Tunggal, 76100 Durian Tunggal, Melaka

Waktu Beroperasi : 11.00 pagi - 6.00 petang

 

 

 

 

 

DAYANG SARAWAK CORNER

***UNDER RENOVATION***

Dayang Sarawak Corner ini terletak bersebelahan dengan Serama Park di Kampung Padang Keladi Durian Tunggal, Melaka. Restoran ini menawarkan menu tradisi atau makanan popular orang Sarawak dengan harga yang berpatutan dan rasa yang lazat.

 

FB IMG 1444874794339       FB IMG 1444874798324

 **** Under Renovation ****